Monday, November 14, 2016

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah


Bahan-Bahan
• 1 ekor ayam - potong sesuai selera, bersihkan dan toskan
• 1 keping asam gelugor
• 4 biji kentang - kupas dan setiap 1 belah menjadi 4 bahagian dan rendam
• 2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
• 3 batang serai - diketuk
• 2 helai daun kunyit - dimayang halus
• gula dan garam secukupnya
• air bila perlu

Bahan Kisar Halus
• 30 biji cili padi kampung
• 6 biji bawang merah kecil
• 3 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• 1 biji bawang besar
• 1 inci kunyit hidup
• segenggam ikan bilis

Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Padi Sedap
1. panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus bersama dengan serai dan bila sudah harum masukan masukan ayam dan gaul hingga rata atau hingga ayam kecut. selepas tu masukan kentang yang sudah direndam dan di toskan tadi. masak hingga kentang menjadi empuk.
2. masukan santan cair bersama dengan asam gelugor dan bila kurang kuah boleh tambah sedikit air kemudian biarkan hingga mendidih.
3. masukan santan pekat kemudian kacau rata dan persakan dengan gula dan garam secukup rasa. masukan hirisan daun kunyit kemudian kacau rata.
4. akhir sekali, biarkan mendidih di api kecil dan kacau selalu dan bila ayam sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

Note:
#asam gelugor dan kentang berguna untuk mengurangi rasa pedas dengan ini semua keluarga termasuk anak-anak kecil boleh ikut menyantapnya.
#saya tambahkan sedikit ikan bilis halus agar ayam masak lemak cili padi lebih sedap dan anda boleh mencubanya.
bagaimana mudah sahaja kan resepi ayam masak lemak cili padi yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa di resepi-resepi sedap berikutnya ya.

***cr: http://www.blogopsi.com/…/resepi-ayam-masak-lemak-cili-padi…

--------------------

AYAM ORGANIK.

Kelebihan Ayam Organik.
1. Bebas suntikan vaksin / suntikan kimia.
2. Rasa daging ayam lebih manis.
3. Tidak hanyir.
4. Ayam diberi makan dedak herba dipilih.
5. Tak mudah busuk jika terlupa letak dalam peti ais.
6. Siap potong (frozen)

Dapatkan di DeAlami Shoppe KB
Ahad-Khamis
9am-5.30pm

09-746 2526 @ 017-978 4787

No comments: