
D DET HPA
D’Det (dulu dikenali sebagai D’Tork) membawa konsep pembersih atau ‘cleansing’ melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap nodus, limpa, usus, paru-paru dan darah. Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det.
D’Det bukan ubat dan bukan makanan kesihatan sembarangan, ia berpotensi menjadi puluhan kali ubat. Ianya adalah puluhan potensi herba gabungan sinergi pilihan disediakan oleh orang-orang yang benar-benar mengerti ilmu perubatan alamiah.
Setelah 7 hari mengkonsumi D’Det tenaga akan bertambah, ini menandakan sistem imuniti anda semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan anda. Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu, D’Det juga dikenal sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh yang ampuh.
Komposisi (60 kapsul per botol) :
1. Spirulina
2. Vitex Eliptica
3. Morinda Eliptica
4. Andro graphis Paniculata
5. Tinospora Paniculata
6. Hidrocotyle Asiatica
Dos :
- Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari.
- Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti sakit gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

D KARM HPA
Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Keadaan ini khusus disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan. Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi yang tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan sedemikian. Cinamomum Iners atau Teja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini.
D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah kolon yang tersumbat. Hal yang sedemikian sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar. Satu kefahaman tertua mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula di usus. Ini bermaksud kita harus memastikan kondisi kolon kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud najis-najis yang terlalu lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal.
D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Pengguna akan merasa lancar dan lawas sekiranya D’Karm dijadikan amalan. Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama 6 bulan. Ini secara langsung akan menurunkan tekanan darah ke paras yang normal.
Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imunisasi seseorang. Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari bagi memastikan kesan dapat dilihat dalam masa 7 hari.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pebuscens
2. Morinda Eliptica
3. Eurycoma Longifolia
4. Cinanomum Iners
5. Coscinumm Blemeanum
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa
Dos :
- Bergantung kepada berat badan. 40 kg (1-2 kapsul) 40 kg ke atas (2 – 4 kapsul)
- Pengambilan sebelum makan kecuali mereka yang menghadapi ulser dan gastrik, perlu ambil sesudah makan.

D DEU HPA
D’Deu (dulu dikenali sebagai D’Heat). Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil. Tanda-tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu. Ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.
Roselle Hibiscus Sabdariffa mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C yang terdapat dalam limau. Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan). Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku dimana seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil. Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin.
Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan . Ini adalah disebabkan Vitamin C tidak boleh diserap tanpa adanya mineral. D’Deu diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencerrnaan tumbuhan. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Deu akan dapat dirasakan dalam tempoh waktu 7 hari. Pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo
3. Imperata Cylindrica
4. Ficus Callircarpa
5. Ipomea Reptans
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa
Dos :
- Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari.
- Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

COSSINIUM PLUS HPA
Produk ini digunakan untuk mengatasi masalah ‘allergy’ terhadap beberapa jenis makanan. Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blumeanum) yang tumbuh menjalar dan memanjat mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.
Oleh kerana Coscinium Plus termasuk produk panas, pengguna harus menggunakan dos yang rendah pada peringkat awalan. Ia boleh disinergikan dengan Bedak Jasmin, Tompok Hitam, Ficus yang mempunyai kaitan dengan alahan.
Kemungkinan akan berlaku sedikit tanda-tanda yakni pengguna akan menjadi lebih serius pada peringkat awal pengunaannya. Namun teruskan penggunaannya kerana ia bersifat sementara sahaja. Ini yang dikatakan sebagai ‘Direction Of Cure’ (DOC). Pengidap alahan adalah dinasihatkan supaya menghindari kawasan debu, makanan seperti udang, sotong, ketam, ayam, belacan, budu dan cencalok.
Artikel Berkaitan Coscinium Plus Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Corcinium bluminium adalah nama saintifik kepada pokok mengkunyit dan digunakan sebagai antibiotik terutama untuk masalah resdung/sinusitis. Bagi kes patah tulang herba ini sekali lagi digunakan agar tidak berlaku jangkitan ditempat luka yang boleh menyebabkan nanah.
Satu lagi kegunaan corcinium ialah untuk masalah kudis buta. Ia juga memberikan kesan yang mujarab bagi pengguna . Satu perkara yang perlu diingat sewaktu anda menggunakan coscinium plus untuk perawatan kudis jangan mengambil halia atau lengkuas bersama makanan. InsyaAllah berkesan.
Jika digunakan untuk tujuan penyakit resdung, dicadangkan untuk membuka kapsul dan di campur dengan madu asli bersama segelas air. Sekiranya terasa agak panas dibahagian tekak, kurangi dos yang digunakan kerana herba ini termasuk dalam kumpulan herba panas.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Coscinumm Blumeanum
2. Nepenthe Spp 3. Rusiga Spp
Dos :
-Umur bawah 8 tahun amalkan 1 kapsul. Boleh dibuka kapsul dan dimasukkan ke dalam air atau susu.
-Umur 9 hingga 18 tahun amalkan 2 kapsul malam dan 1 kapsul pagi.

PARAMARIA PLUS HPA
Paramaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini sesuai untuk wanita sahaja yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.
Sinergi terbaik :
1. Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + H.B
2. Bersalin: Paramaria Plus + Herba Tuju Angin
4. Senggugut: Paramaria Plus + Senggugut
Khasiat Paramaria Plus :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Paramaria Legivata
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners
Dos :
Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh. Wanita Menopouse (putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.
Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Produk Paramaria Plus Tulisan Tuan Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Sakit ketika kedatangan haid boleh disembuhkan dengan mengambil sinergi seperti dibawah:
1. Paramaria – 2 X 3
2. Tuju angin – 2X 3
3. Senggugut – 2 x 3
InsyaAllah senggugut tidak akan berulang dan banyak testimoni yang diberikan oleh pengguna sehinggakan kita boleh katogorikan sinergi ini sebagai sinergi yang mempunyai keberkesanan melebihi 90%. Disamping itu juga terdapat kes seperti fibriod yang menjadi semakin kecil.
HERBA TUJU ANGIN HPA
Herba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :
1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual
2. Angin Darah: emosi dan cepat marah
3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.
Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.
Manfaat herba ini:
1. Mengatasi perut kembung
2. Menghilangkan rheumatik
3. Mengatasi migrain
4. Sebagai ubat gastrik
5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari
7. Hilang selera makan
Sebahagian maklumat produk ini telah dikeluarkan daripada web atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan. Sila lawati laman web rasmi HPA untuk maklumat lain atau hubungi admin web dan para pengedar HPA.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Cinnamomum Iners
2. Vitex Pubescens
3. Micromelium Pubescens
4. Morinda Eliptica
Dos :
Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.
RADIX HPA
Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosintesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan.
Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapi masalah lelaki. Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair.
Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi sebagai anti oksida, anti virus, anti peradangan dan anti keracunan. Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urine dan memperbaiki ginjal.
Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yang rosak akibat penyakit gout, arthritis dan rhuematik. Radix bersama Minyak but-But amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalahan ikatan silang kalogen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat.
Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac. Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit tertentu sekiranya disinergikan bersama Pelawas. Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser. Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin bersama suami.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ardisia Crispa
2. Cinnamomum Iners
3. Morinda Eliptica
4. Eurycoma Longifolia
5. Smilax Myositiflora
6. Alyxia Reinwardtii
7. Alyxia Indica
8. Freycinetia Malaccencis
Dos :
2 kapsul malam dan 2 kapsul pagi
VITEX
Vitex sangat baik untuk menurunkan tekanan darah ke paras normal. Vitex sangat disarankan untuk diamalkan bersama produk HPA seperti Malac, Minyak Zaitun, Teh Asiatica Plus dan Omega 3 Softgel. Ini adalah cadangan produk terbaik untuk masalah yang berkaitan dengan tekanan darah.
Keterangan lanjut produk ini tidak dapat dipaparkan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dinyatakan. Sila lawati laman web rasmi HPA untuk maklumat lain. Atau sila rujuk dengan admin web dan pengedar HPA.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Vitex Pubscens
3. Micromelum Pubscens
4. Tinospora Crispa
5. Physalis Minima
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada malam.
PLANTISOL
Bahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas.
Keterangan lanjut produk ini tidak dapat dipaparkan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dinyatakan. Sila lawati laman web rasmi HPA untuk maklumat lain.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Barrintoga Racemosa
2. Pithecellobium Jiringa
3. Tetra Indica
4. Tinospora Crispa
5. Andrographis Paniculata
Dos :
Amalkan 2 kapsul pagi, 2 kapsul tengahari dan 2 kapsul malam.

HERBA KEPUTIHAN HPA
Keputihan atau Leukorhea adalah sejenis penyakit yang dihidapi pada faraj wanita. Ia berbentuk lendir berwarna putih yang berbau busuk dan akan mengakibatkan gatal. Wanita yang menghadapi masalah ini akan menunjukkan tanda-tanda pucat pada wajahnya dan sering mengalami keletihan. Emosi wanita tersebut akan mudah terganggu. Keputihan juga akan mengakibatkan rahim wanta tersebut menjadi kendur dan sekaligus menurunkan keinginan nafsu.
Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh untuk menghilangkan keputihan.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Melastoma Malabathricum
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 1 kapsul pada waktu pagi. Amat baik jika disinergikan dengan H.B atau Teh Herba.
ARDISIA
Produk yang menggunakan herba Ardisia Crispa (Mata Pelanduk) yang berfungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat pada bahagian sendi-sendi. Asid urik yang berlebihan ini merupakan punca utama terjadinya penyakit gout dan athritis. Asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing.
Herba ini bersifat diuretik dan akan memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Pengguna dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari. Selain berfungsi sebagai ubat gout, Ardisia juga dapat menurunkan panas dalam serta menurunkan tekanan darah kepada paras normal.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ardisia Crispa
2. Carica Papaya.
3. Morinda Eliptica
4. Micromelum Longifolia
5. Cinamomum Iners.
Dos :
Amalkan 3 kapsul pada waktu pagi dan 3 kapsul pada waktu malam.
Set & Sinergi Terbaik HPA Untuk Gout:
Amalkan Ardisia bersama Teh Asiatica Plus dan Malac untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Banyakkan minum air kosong, >2.5 liter sehari.
FICUS HPA
Buasir ialah benjelon yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.
Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam ubat buasir ini.
Ficus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk buasir. Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa. Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang sakit buasir.
Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah. Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5x 3 dan di bancuh dengan air panas segelas ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan bedak delima (biji) yang baru dipasarkan. Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut, InsyaAllah.
Ficus untuk buasir
Ficus calicarpa dan Ardisia crispa merupakan dua herba astringen(kelat/sepet(ind) yang mempunyai kesan mengecutkan buasir/peradangan.Namun bagitu ada sedikit teknik pengambilan kapsul ficus agar lebih berkesan iaitu:-
1. Buka kapsul dengan dos minima 3×3 bagi yang tidak teruk dan 5×3 bagi yang serious.
2. Masukan serbuk kedalam gelas sederhana dan dimasukan air yang mendidih kedalamnya.
3. Kacau/aduk(ind) dan tutup dengan piring agar tidak keluar wapnya.
4. selepas agak suam,minum persiapan herba tersebut sebelum makan.
InsyaAllah , kaedah perawatan buasir yang mudah dengan herba terpilih.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ficus Callicarpa
2. Ipomea Reptans
Dos :
Amalkan 3 kapsul pada pagi dan 3 kapsul pada malam.

MORIN-A HPA
(dulu dikenali sebagai Morinda) sesuai untuk merawat masalah pernafasan.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pubenscens
2. Cinnamomum Iners
3. Eurycoma Longifolia
4. Coscinum Blumeanum
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada pagi. Amat baik disinergikan dengan Radix atau Mengkudu.
MALAC HPA
Herba yang bersifat diuretik (memperbanyakkan air kencing) berfungsi untuk menurunkan tekanan darah dan anti piretik (penurunan panas) amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, infeksi saluran kencing, demam campak dan gout.
Bagi penderita Batu Karang (Gallstone) disarankan untuk amalkan bersama Madu Asli bagi tujuan pemecahan batu. Malac menggunakan herba utama lalang yang telah terbukti amat mujarab dan dicadangkan dijadikan amalan untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo Spp
3. Imperata Cylindrica
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada tengahari dan 2 kapsul pada malam.

HERBA PELAWAS
Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi. Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Sehubungan dengan itu, Pelawas dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas. Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan amat sesuai untuk penderita kencing manis kerana Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.
Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.
Kandungan Bahan:
Ipmea Reptans
Cara Pemakanan:
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.

HERBA SENGGUGUT HPA
Keadaan haid yang tidak menentu serta terasa sakit sering dihidapi oleh para wanita. Herba Senggugut amat sesuai untuk wanita yang menghadapi masalah ini dan juga bagi wanita yang gagal untuk hamil. Herba Senggugut dapat bertindak menyuburkan hormon astrogen yang diperlukan oleh para wanita. Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Hibiscus Rosasinensis
2. Vitex Pubscens
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.
Artikel Berkaitan Senggugut Tulisan Tuan Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Sakit ketika kedatangan haid boleh disembuhkan dengan mengambil sinergi seperti dibawah:
1. Paramaria – 2 X 3
2. Tuju angin – 2X 3
3. Senggugut – 2 x 3
InsyaAllah senggugut tidak akan berulang dan banyak testimoni yang diberikan oleh pengguna sehinggakan kita boleh kategorikan sinergi ini sebagai sinergi yang mempunyai keberkesanan melebihi 90%. Disamping itu juga terdapat kes seperti fibriod yang menjadi semakin kecil. Biiznillah.
Kesakitan apabila kedatangan darah haid (senggugut) merupakan satu keluhan yang sering ditanya dalam KPJ. Dalam pemerhatian saya ada pasangan yang tidak mendapat cahaya mata mungkin ada hubunganya secara langsung atau tidak dengan masalah senggugut.Ini dapat dilihat apabila senggugutnya hilang ,si isteri didapati mengandung.
Kalau hanya untuk menghilangkan kesakitan senggugut, anda boleh menggunakan sedikit(hujung jari) kapur makan yang dimasukan dalam air teh biasa dan minum,InsyaAllah akan beransur-ansur sembuh dengan izin Allah.Namun bagitu bagi pasangan yang tidak mendapat cahaya mata hendaklah mengambil ubat periuk senggugut dahulu dan kemudian mengambil set kesuburan lelaki dan set kesuburan perempuan.
Set kesuburan lelaki ialah Radix kapsul,Omega 3,EQ minda,roselle dan tuju angin dan set kesuburan wanita pula ialah Paramaria plus,omega 3,roselle dan spirulina . Jika “infertiliti” itu disebabkan oleh logam berat (rambut gugur,gatal-gatal kulit dan kuku rosak)sebaiknya menggunakan “deep cleansing” sebagai tambahan.
MEGA-3
Kaya dengan minyak ikan dari sumber ikan tenggiri biru.
Kelebihan Omega 3 Softgel
-Mengelakkan dari berlakunya pembekuan darah menyebabkan serangan jantung dan membawa kematian mengejut.
-Menurunkan trigliserida yang menjadi punca sakit jantung.
-Menurunkan tekanan darah tinggi.
-Menstabilkan degupan jantung.
-Membantu melancarkan peredaran darah yang baik juga untuk kecantikan wajah.
-Menurunkan ketegangan fikiran dan mengawal emosi dan mood.
-Memberikan keyakinan pada diri remaja untuk berkomunikasi dengan masyarakat.
-Mengatasi masalah tidak fokus semasa belajar (ADD) dan menguatkan ingatan.
-Mencegah penyakit alahan terutamanya pada kanak-kanak.
-Rawatan ekzema dan psoriasis yang berlaku pada kulit.
-Rawatan untuk arthritis dan gout.
-Meningkatkan sistem imuniti.
-Membantu mengatasi gejala pre-menopouse.
-Membantu memperbaiki penglihatan.
STOMA-K
Stoma K adalah satu bentuk ramuan yang dihasilkan 100% dari herba dan tidak mengandungi bahan kimia. Bahan aktif falam produk ini ialah (-) Hydrocytic Acid (-) HCA ini berupaya untuk mengurangkan selera makan, membantu penghasilan dan penyimpanan lemak dan mengaktifkan pembakaran lemak.
Formula ini amat berkesan untuk mengatasi permasalahan obesiti. Keadaan in akan menyebabkan kebanyakan kalori ditukarkan kepada glikogen dalam hati dan hanya sedikit kalori akan disimpan sebagai lemak. Kebanyakan produk pelangsing dan menurunkan berat badan yag terdapat di pasaran menggunkan bahan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan khusus kepada gangguan tekanan jantung.
Stoma K amat sesuai dan selamat digunakan kerana:-
1. HCA tidak diklasifikasikan sebagai dadah.
2. HCA tidak bertindak balas dalam mitokondria, maka proses penghasilan tenaga secara normal dalam kitaran kreb tidak diganggu.
Kesan Stoma K tidak akan berkurang setelah digunakan pada jangka masa tertentu.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Centella Asiatica.
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.
SHARK CARTILAGE PLUS
Produk yang menggunakan rawan dari ikan yu ini telah terbukti untuk mengubati pelbagai jenis kanser seperti berikut:-
1. Kanser usus.
2. Kanser hati dan paru-paru
3. Kanser payu dara.
4. Kanser prostat.
5. Kanser ovari.
6. Tumor di kepala.
Satu kajian telah dilakukan di sebuah hospital di Mexico terhadap 8 pengidap kanser yang gagal dengan kaedah perawatan moden dan tiada harapan untuk hidup menunjukkan 5 daripadanya sembuh sepenuhnya, 2 daripadanya sembuh 80% dan 1 tiada perubahan. Begitu juga dengan satu kajian di Belgium yang dilakukan pada tikus putih menunjukkan rawan ikan yu dapat menghentikan secara total pertumbuhan sel kanser.
Di Amerika Syarikat, rawan ikan yu dijadikan makanan dan minuman kepada para pengidap kanser di hospital dengan tujuan membantu pengubatan dan mencegah daripada berlakunya pertumbuhan sel tumor dalam badan. Selain itu, Shark Cartilage Plus juga amat baik untuk penyakit-penyakit seperti berikut:-
1. Psoriasis.
2. Eksema.
3. Athritis.
4. Masalah kulit gatal, kudis, dan pecah.
5. Penyakit lemah jantung.
6. Asma.
7. Tuberculosis atau Batuk kering.
Pengamal Shark Cartilage Plus ini akan mendapati berlaku keadaan dimana tubuh badan mereka menjadi lemah dan cirit-birit setelah mengamalkannya beberapa hari. Ini merupakan satu keadaan biasa dan menunjukkan berlakunya DOC (Direction of Cure) dan teruskan penggunaannya tanpa keraguan.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Rawan Ikan Jerung 2. Herba terpilih.
H.B (dulu dikenali sebagai Health B) menggunakan bahan utama Hydrocotyle Asiatica (pegaga) dan Amaranthus Spinosus (bayam duri) yang amat baik untuk meningkatkan daya imunisasi dan tenaga khususnya kepada mereka yang mengalami kekurangan kadar darah merah dan mengatasi kelesuan tubuh badan. Selain dari itu, H.B juga dapat mengubati permasalahan berikut:-
1. Menghancurkan batu karang.
2. Buasir.
3. Penyakit keputihan.
4. Penyakit kuning atau jaundis.
5. Penyakit kulit.
7. Masalah sembelit, perut kembung dan peptic ulser.
8. Demam panas.
Sebahagian maklumat produk ini telah dikeluarkan daripada web atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan. Sila lawati laman web rasmi HPA untuk maklumat lain atau hubungi admin web dan para pengedar HPA.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Hydrocotyle Asiatica
2.Amaranthus Spinosus
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.
ROSELLE KAPSUL HPA
Produk yang menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle Kapsul amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia.
Khasiat herba Roselle :
1. Anti Penuaan.
Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
2. Pencegahan Penyakit ‘Silent Killer’.
Keadaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri.
3. Sebagai Antioksidan.
Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya penyakit kronik. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan.
4. Demam Panas / Selesema.
Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selsema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.
5. Resdung (alergi).
Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.
6. Stress / Sukar tidur.
Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.
7. Masalah lain.
Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Hibiscus Sabdariffa
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.
MENGKUDU
Mengkudu (Morinda Citrifolia) yang berasal dari Asia Tenggara, Australia dan Kepulauan Pasifik telah digunakan secara meluas dalam tujuan perawatan pelbagai jenis penyakit.
HPA menggunakan mengkudu hasil dari tanaman secara organik bagi memastikan nilai perubatan yang maksimum kepada para pengamal produk tersebut.
Kajian telah mendapati Produk Organik Mengkudu HPA telah terbukti untuk mengubati permasalahan berikut:-
1. Menurunkan tekanan darah ke paras normal.
2. Membantu dan merangsang hormon melatonin dan serotonin.
3. Membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
4. Bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada Pengidap Arthritis.
5. Anti Histimik.
6. Melindungi usus dari serangan bakteria perosak dan membantu pencernaan.
9. Memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel T.
10. Anti penuaan.
11. Mencegah ketegangan (stress)
Sebahagian maklumat produk ini telah dikeluarkan daripada web atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan. Sila lawati laman web rasmi HPA untuk maklumat lain atau hubungi admin web dan para pengedar HPA.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Morinda Citrifolia
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada malam.
Artikel Berkaitan Mengkudu Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Unsur api akan menyerang dibahagian kepala menyebabkan pesakit merasa panas dikepala,sakit dan sukar tidur pada waktu malam.Kelihatan urat-urat merah di mata putih dan lidah pula seperti digigit di pinggirnya.
Bawah mata berwarna hitam menandakan pesakit tidak dapat “deep sleeping”.Bagi memulakan pengubatan dari unsur api,herba daripada bunga dan buah lebih utama kerana bunga dan buah berada pada bahagian paling hujung sesuatu pohon sama seperti kedudukan kepala manusia.
Buah yang terbaik dalam penelitian ahli-ahli herba ialah mengkudu kerana mengkudu akan menyebabkan pengeluaran hormon melatonin yang diperlukan bagi mendapatkan tidur berkualiti. Namun bagitu perubatan dari jenis bunga samada melalui aroma terapi ataupun madu lebah (manisan bunga) boleh disinergikan bagi mendapatkan keseimbangan sinergi.
Dua kapsul mengkudu dibuka dan dimasukan kedalam gelas air suam/hangat serta ditambah dengan satu sudu kecil madu lebah. Jangan bimbang dengan pandangan menyatakan madu lebah sesuatu yang panas kerana kepanasan dibahagian kepala dapat dikeluarkan melalui kaedah ini. Minum 3 kali sehari ,pagi,tengahari dan malam.
Selepas solat insya pesakit perlu tidur awal kerana masa pengeluaran melatonin adalah di awal malam. Malapkan lampu, baca doa tidur dan zikirlah……..
SPIRULINA
Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia. Makanan yang dikonsumi oleh manusia sekarang banyak menyebabkan terkumpulnya toksid dalam badan, sehingga menimbulkan pelbagai penyakit seperti kronik, imuniti turun, fungsi organ menjadi lemah dan lain-lain. Hal ini merupakan masalah besar di negara-negara maju kerana 60% penyebab kematian disebabkan oleh faktor kekurangan zat-zat makanan.
Manfaat Spirulina adalah:
1. Meningkatkan aktiviti anti-virus
2. Menurunkan kadar kolesterol
3. Menurunkan risiko serangan penyakit kronik
4. Meningkatkan daya tubuh badan
5. Mengurangkan keracunan pada organ tubuh
6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus
7. Mempercepatkan penyembuhan luka
8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral
9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
Spirulina
Dos :
1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam (baik untuk anak-anak mahupun orang dewasa atau lanjut usia).
PORTULACA
Sejenis sayur yang digunakan bagi mengubat peradangan paru paru. Selain di dalam bentuk jeruk HPA juga menghasilkan portulaca kapsul.
Khasiat Portulaca Adalah:
✐ Merawat masalah athma atau lelah.
✐ Merawat masalah radang paru-paru-sangat bagus untuk perokok tegar.
✐ Mengurangkan kolestrol dalam badan.
✐ Mengurangkan risiko barah payudara, kanser prostat dan kanser usus.
✐ Menyembuhkan kesan terbakar dan parut.
✐ Mengurangkan sakit senggugut.
✐ Mengawal darah gemuruh.
✐ Membantu proses penghadaman dan pencernaan makanan.
✐ Mengurangkan demam panas.
✐ Merawat gastrik dan ulser perut.
✐ Merawat kecacingan bagi kanak-kanak.
✐ Sebagai antioksidan-menguatkan imuniti atau daya tahan tubuh.

KAPSUL IMT HPA
Khasiat:
-Menguatkan sistem pertahanan badan @ antibodi
-Mengandungi herba hempedu bumi dan herba untuk deep cleansing
-Melancarkan peredaran darah, mengurangkan berat badan dan mengatasi masalah angin dalam badan
-Melawas pembuangan air kecil
-Membantu melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah sembelit dan melawaskan pembuangan air besar
-Mengurangkan masalah jerawat dan masalah penyakit kulit
-Melegakan batuk, demam dan selsema
SESUAI UNTUK LELAKI DAN WANITA
Artikel Tulisan Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Kapsul IMT
Sesudah sekian lama masyarakat menggunakan ubat tahan sakit daripada kimia. kini HPA berjaya memperkenalkan pain killer daripada herba yang dikenali sebagai IMT. IMT bukan sahaja menghilangkan kesakitan tetapi ia merupakan anti peradangan yang kuat dan tidak meninggalkan kesan sampingan seperti ubatan yang lain.
Hari ini kita bercakap tentang side effect sesuatu ubatan kimia tetapi kita juga perlu dalam masa yang sama menyediakan pengganti kepada ubatan yang sering digunakan seisi rumah. Syukur kerana IMT ternyata memberikan kesan kelegaan sakit lebih cepat atau sama dengan ubatan kimia tetapi tanpa bahan yang boleh memberikan kesan negatif dalam jangka masa yang panjang . amin.
KAPSUL HERBA JAWI
Herba Jawi (Misai Kucing)
Kandungan herba utama:
Herba Misai Kucing
Kepentingan:
-Mengandungi sifat-sifat anti alergi, anti inflamatori dan diuretik.
-Digunakan untuk merawat arteriosclerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), rawatan gout, batu karang, batu hempedu dan rheumatisme.
-Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
-Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
-Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kecing).

KAPSUL D CAMPUCA HPA
Khasiat:
-Mengatasi masalah lendir atau mukus dalam salur pernafasan.
Artikel Tulisan Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Herba D Campuca
Salah satu lagi produk kapsul yang dipasarkan melalui MLM HPA. Produk ini dibuat daripada daun betik dan khasiatnya yang paling ketara ialah untuk penyakit-penyakit kardiovaskular. Getah betik pada daun mengandungi bahan yang dikenali sebagai “papain” mengelakan berlakunya pengerasan di dinding arteri darah yang menyebabkan penyakit arteriskelorosis.
Getah betik digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan benar-benar juga berfungsi. Pesakit tertentu juga akan menerima kesan yang sangat baik dimana darah akan turun ke paras normal selepas pengambil herba ini. Selain daripada itu banyak kajian menunjukan kewujudan “papain” sangat berguna terutama untuk batuk jika setitik getah betik dicampurkan dalam satu sudu madu lebah HPA. selamat mencuba.
CURCUMIN
Artikel Tulisan Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Herba Curcumin
Merupakan produk baru yang dihasilkan daripada kunyit terpilih untuk tujuan kesihatan terutamanya sebagai “pencuci Rahim” kepada wanita. Kunyit memang membersihkan rahim terutamanya peradangan, keputihan dan sebarang jangkitan. Rimpang kunyit digunakan bersama Kapsul IMT menjadi ubat untuk fibroid yang berkesan disamping itu curcumin juga adalah herba antibiotik alami yang sangat kuat. Kelebihan kunyit dalam kajian sunguh banyak seperti:
1. gangguan hati
4. demam kuning
6. Senggugut
7. kencing berdarah
8. buasir
9. menurunkan kolesterol
Kunyit mengandungi 5% essential oil dan 3% curcumin (polyphenol). Pengambilan produk untuk efektif adalah seperti berikut:
berat badan dibawah 50kg – 2 biji, 3x sehari
berat badan antara 50kg – 90 kg – 3 biji, 3x sehari
lebih daripada itu/perawatan – 5 biji, 3x sehari
InsyaAllah satu produk lagi yang bernilai tinggi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.
Kelebihan Curcumin
-Masalah dihati akan kelihatan di mata .
-Keracunan hati akan menunjukan mata putih menjadi semakin kuning.
-Termasuklah batu hempedu, sirosis, hepatitis dan lain-lain lagi.
-Mata menjadi kuning memberikan petanda awal perlu mencari ubatan herba yang menghasilkan warna kuning yang kuat seperti Kunyit atau karet kuning.
Kunyit sangat baik untuk melindungi hati dari mengalami kerosakan akibat dari toxid yang masuk kedalam tubuh, jangkitan kuman dan juga batu hempedu.
Satu lagi kelebihan kunyit ialah untuk katarak. Kunyit mengandungi curcumin yang amat efektif mencegah katarak. Banyak penelitian di Universiti membuktikan curcumin terbaik untuk rawatan ini.

KAPSUL DEEP CLEANSING HPA
Herba Deep Cleansing kini diluluskan pendaftarannya oleh KKM atas nama Deep C. Semua herba disiapkan terlebih dahulu dan Deep Cleansing ini menggunakan herba-herba yang sukar didapati. Ada yang terpaksa kami ambil dari kawasan tinggi utara Thailand. Ubi “krong kemau” yang digunakan untuk ayam sabung ternyata menjadi herba utama dalam Deep C.
Deep C berfungsi untuk membantu penyingkiran toksid dan logam-logam berat yang terdapat di dalam tubuh badan. Ia juga membantu membaiki sistem tubuh dan membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
KAPSUL SIREH PLUS
Kapsul Sirih Plus ialah herba yang banyak kegunaanya di dalam rawatan. Ia sangat efektif untuk darah tinggi dan kencing manis kerana salah satu kelebihan sirih ialah menurunkan darah tinggi dan salah satu kelebihan mambu pula menurunkan kadar gula dalam darah.
Asalnya herba ini digunakan untuk sebarang pembengkakkan pada payu dara bagi mengelakkan daripada berlakunya ketumbuhan ‘lining’ yang lebih serius seperti kanser. Lebih 10 tahun herba ini dipasarkan melalui ‘single level marketing’ dan kini pihak HPA memperluaskannya untuk pasaran MLMS HPA.
Dos yang perlu diambil ialah 2×3 (2 biji 3 kali sehari) dan jika tidak berkesan boleh tambah dosnya itu.
KAPSUL INER G HPA
Kapsul Iner-G adalah herba khas untuk rawatan kencing manis. Boleh ditambah ke dalam kopi radix ataupun diambil dengan Plantisol. Ianya juga akan memberi tenaga kepada pesakit kencing manis yang menghadapi simtom letih yang keterlaluan termasuk yang ada masalah impotensi (lemah tenaga lelaki). Pengambilannya juga tidak perlu tinggi hanya 1×3 sahaja.
Pada pesakit kencing manis yang masih baru, herba ini juga sangat efektif. Ia dibuat daripada 100% pokok Tebu Gajah Hutan, spesis herba yang memanjat. Adanya Iner-G, kini HPA memiliki herba yang lengkap untuk rawatan kepada pesakit kencing manis.
Set lengkap untuk rawatan kencing manis ialah Plantisol, Iner G, Teh Tropika dan Habatussaudak. InsyaAllah Hpa Akan berjaya mengeluarkan herba yang sangat efektif untuk rawatan kencing manis memandangkan peratusan pesakit kencing manis semakin meningkat dan sudah sampai masanya kita perlu ada solusinya.
KAPSUL D-RIA
Produk Dria pula ialah untuk rawatan diare atau cirit birit. Sama seperti Teh Sepang malah lebih cepat berkesan. Campurkan dengan air mendidih hingga keluar warna merah terang. Ia sebenarnya juga baik untuk ulcer atau gastrik tetapi semuanya perlu dibuka kapsul, InsyaAllah.
PUERARIA
Kelebihan utama herba Pueraria Mirifica adalah menyeimbangkan hormon estrogen untuk memelihara ciri-ciri kewanitaan seorang wanita.
Hormon estrogen merupakan kunci utama di dalam kesuburan seorang wanita.
Ia menyerlahkan sifat kewanitaan serta membantu dalam membentuk tubuh badan wanita.
Sebagai agen anti-penuaan di mana ia dapat membantu mengurangkan masalah kedutan pada kulit dengan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit.
BUTEA-S (E)
-Meningkatkan aktiviti androgenik.
-Mengembalikan keremajaan.
-Meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki.
-Membantu meningkatkan perjalanan darah pada organ seksual lelaki.
-Menjadikan ereksi zakar lebih selesa.
-Membantu lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil.
-Meningkatkan tahap kepekatan sperma.
-Memanjangkan tempoh pergerakan sperma.