Program Dropship De Alami


Apa itu Dropship ye? Program Dropship De Alami merupakan sebuah platform dropship produk Islamik yang menawarkan perkhidmatan perniagaan secara online. Syarikat ini baru berusia 2 Tahun.

Bagi sesiapa yang berminat untuk berniaga secara online yang berkonsepkan dropship anda boleh mencubanya.

Sebelum itu anda tahukah apa itu "berkonsepkan dropship".
  • Dropship merupakan satu cabang berniaga di mana penjual iaitu anda tidak perlu menyimpan stok barang untuk dijual.
  • Tiada stok barang  boleh berniaga ke??  Boleh dengan menggunakan "Kaedah Dropship"
  • Dalam kaedah dropship ini anda hanya perlu mempromosi produk sahaja seperti di laman web (kedai online) atau media sosial : facebook, blog dan sebagainya.
  • Jadi bila ada orang nak beli, anda hanya perlu contact droshhipper (Pembekal) dan mereka akan menghantar barang kepada pembeli. Anda juga akan dapat komisen dari hasil jualan tersebut.

Untuk lebih jelas lagi cuba lihat Carta Alir Sistem Program Dropship De Alami ini.


Kaedah Dropship
Carta Alir Sistem Program Dropship De Alami

  • Langkah 1: Anda promosikan kedai online anda
  • Langkah 2: Pembeli membeli produk online di kedai anda
  • Langkah 3: Pembeli membayar kepada anda mengikut harga jualan.
  • Langkah 4: Anda membayar harga kos  kepada pembekal. Anda simpan keuntungan.
  • Langkah 5: Pembekal mengahantar produk kepada pembeli.
OK! dah faham mengenai konsep dropship yang ditawarkan oleh De Alami ini.

Beralih pula kepada Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak De Alami ini.

Perkhidmatan De Alami Shoppe


Tidak Perlu Simpan Stok
Seperti dihuraikan di atas dalam definisi dropship di mana anda tidak perlu untuk menyimpan stok namun anda dapat masih boleh beli dengan harga borong. Dari sinilah keuntungan akan diperolehi. Segala maklumat keuntungan setiap produk akan dipamerkan di dalam sistem kedai online anda.


Bantuan dan Sokongan
Seperti biasa apabila kita mencuba benda baru kita mungkin tidak terbiasa atau kekok. Jadi bantuan dan sokongan mungkin menjadi perkara penting untuk anda. Oleh itu, pihak De Alami ini telah menyediakan group support di Facebook untuk memberi peluang kepada anda berinteraksi dengan pihak ajen-ajen De Alami yang telah berjaya membuat jualan secara online dan offline.

Pakej Mampu Milik

Untuk pengetahuan anda pihak De Alami ini menawarkan 3 pakej dengan harga mengikut keperluan kita. Pakej tersebut adalah :
  • Pakej Dropship : RM25
  • Pakej Agen   :RM500
  • Pakej Stokis :RM5000
Anda pilihlah pakej yang sesuai untuk anda bagi menjalankan perniagaan online berkonsepkan dropship ini. Pilihan terletak di tangan anda. =)

No comments: