Tuesday, November 15, 2016

Resepi Ayam Masak Merah


Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

·         1/2 ekor ayam
·         1 cawan santan (optional)

Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ):
·         1 biji bawang besar
·         3 biji bawang merah
·         3 ulas bawang putih
·         1 cm halia
·         2 cm lengkuas
·         1 ulas kecil kunyit
·         1 batang serai hiris nipis
·         10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji

Bahan untuk ditumis :
·         1 biji bawang besar (dihiris nipis)
·         1 Kulit kayu manis
·         Satu tangkai daun kari

Cara Penyediaan:

1.      Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
2.      Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
3.      Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
4.      Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
5.      Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
6.      Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang

Tips:
Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul masak dan pecah minyak kerana kuah sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanya
***cr:http://iresipi.com/resepi/ayam-masak-merah/show

--------------------

AYAM ORGANIK.

Kelebihan Ayam Organik.
1. Bebas suntikan vaksin / suntikan kimia.
2. Rasa daging ayam lebih manis.
3. Tidak hanyir.
4. Ayam diberi makan dedak herba dipilih.
5. Tak mudah busuk jika terlupa letak dalam peti ais.
6. Siap potong (frozen)

Dapatkan di DeAlami Shoppe KB
Ahad-Khamis
9am-5.30pm
09-746 2526 @ 017-978 4787

No comments: