Tuesday, November 15, 2016

Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap dan Simple



Bahan-bahan:

1 kg ayam – di potong kecil
4 sudu besar rempah kurma ayam
5 ulas bawang putih – di kisar
5 ulas bawang merah – di kisar
2 cm halia – di kisar
2 cawan santan pekat
2 biji tomato – di potong 4
2 biji kentang
1 biji lobak merah – di potong dadu besar
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
sedikit air asam jawa

Cara buat ayam masak kurma:
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan rempah kurma ayam. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan kacau hingga sebati. Biarkan masak sekejap.
Masukkan air asam jawa, kentang dan lobak merah. Masak hingga empuk.
Masukkan santan dan kacau hingga sebati. Biarkan mendidih.
Masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga rata.

***cr:http://www.myresepi.net/2016/10/resepi-ayam-masak-kurma.html

--------------------

AYAM ORGANIK.
Kelebihan Ayam Organik.
1. Bebas suntikan vaksin / suntikan kimia.
2. Rasa daging ayam lebih manis.
3. Tidak hanyir.
4. Ayam diberi makan dedak herba dipilih.
5. Tak mudah busuk jika terlupa letak dalam peti ais.
6. Siap potong (frozen)

Dapatkan di DeAlami Shoppe KB
Ahad-Khamis
9am-5.30pm
09-746 2526 @ 017-978 4787

Resepi Bebola Ayam Cheese Paling Sedap dan Simple



Bahan-bahan:
1 potong dada ayam – di cincang / di blend
1 biji lobang merah – di cincang
1 biji bawang merah – di cincang
1 ulas bawang putih – di cincang
cheese cheedar – di potong dadu
serbuk roti
1 sudu sos tiram
1 sudu lada hitam
garam secukup rasa

Cara buat bebola ayam cheese:
Campurkan ayam, lobak merah, daun bawang, sos tiram, garam dan lada hitam. Gaul hingga sebati.
Bulatkan adunan dengan saiz sesuai selera rasa.
Letakkan cheese di dalam adunan.
Oleskan bebola yang sudah jadi ke dalam serbuk roti
Masukkan bebola ke dalam peti ais.
Goreng bila rasa nak makan

 ***cr:http://www.myresepi.net/2016/11/resepi-bebola-ayam-cheese.html

--------------------

AYAM ORGANIK

Kelebihan Ayam Organik.
1. Bebas suntikan vaksin / suntikan kimia.
2. Rasa daging ayam lebih manis.
3. Tidak hanyir.
4. Ayam diberi makan dedak herba dipilih.
5. Tak mudah busuk jika terlupa letak dalam peti ais.
6. Siap potong (frozen)

Dapatkan di DeAlami Shoppe KB
Ahad-Khamis
9am-5.30pm
09-746 2526 @ 017-978 4787

Resepi Ayam Masak Merah


Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

·         1/2 ekor ayam
·         1 cawan santan (optional)

Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ):
·         1 biji bawang besar
·         3 biji bawang merah
·         3 ulas bawang putih
·         1 cm halia
·         2 cm lengkuas
·         1 ulas kecil kunyit
·         1 batang serai hiris nipis
·         10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji

Bahan untuk ditumis :
·         1 biji bawang besar (dihiris nipis)
·         1 Kulit kayu manis
·         Satu tangkai daun kari

Cara Penyediaan:

1.      Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
2.      Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
3.      Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
4.      Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
5.      Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
6.      Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang

Tips:
Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul masak dan pecah minyak kerana kuah sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanya
***cr:http://iresipi.com/resepi/ayam-masak-merah/show

--------------------

AYAM ORGANIK.

Kelebihan Ayam Organik.
1. Bebas suntikan vaksin / suntikan kimia.
2. Rasa daging ayam lebih manis.
3. Tidak hanyir.
4. Ayam diberi makan dedak herba dipilih.
5. Tak mudah busuk jika terlupa letak dalam peti ais.
6. Siap potong (frozen)

Dapatkan di DeAlami Shoppe KB
Ahad-Khamis
9am-5.30pm
09-746 2526 @ 017-978 4787

Resepi Ayam Teppanyaki Sedap Menjilat Jari



Bahan-bahan yang diperlukan :
1.      Beberapa ketul ayam (isi tanpa tulang)
2.      Carrot (dipotong panjang dan halus seperti batang mancis)
3.      Taugeh
4.      Daun kuchai
5.      lada hitam
6.      bawang putih (ikut kesesuaian anda)
7.      kicap cair
8.      sedikit garam
9.      minyak & butter untuk menggoreng

Cara-cara memasak :
1.      Potongkan isi ayam kecil-kecil, basuh sehingga bersih, kemudian toskan airnya dan gaulkan dengan sedikit lada hitam. Perap dalam 5 minit.
2.      Ambil 2 ulas bawang putih, hiris nipis.
3.      Masukkan sedikit minyak di dalam kuali leper, bila minyak dah panas, tumiskan bawang putih tadi. Balik-balikkan bawang putih supaya masak dan naik bau wangi.
4.      Masukkan isi ayam yang telah diperap, dan masak sehingga kekuning-kuningan. Sambil-sambil tunggu ayam tu masak, percik-percikkan kicap cair dan serbuk lada hitam ke dalam kuali.
5.      Bila ayam sudah masak dan warna kekuning-kuningan, ketepikan kemudian, masukkan pula carrot, diikuti taugeh dan kuchai. Gaulkan sehingga rata sambil percik-percikkan kicap cair ke dalam kuali. Untuk sayur tak perlu masak terlalu lama. Sekejap sahaja dah memadai. Bila kita makan ada rasa rangup-rangup carrot dan taugeh tu lagi sedap.
6.      Untuk bawang putih goreng pula, hiriskan seberapa banyak bawang putih yang diinginkan, kemudian gaulkan dengan sedikit garam.

***cr:http://mamachrysalis.com/resepi-ayam-teppanyaki-sedap-menjilat-jari/

--------------------

AYAM ORGANIK.

Kelebihan Ayam Organik.
1. Bebas suntikan vaksin / suntikan kimia.
2. Rasa daging ayam lebih manis.
3. Tidak hanyir.
4. Ayam diberi makan dedak herba dipilih.
5. Tak mudah busuk jika terlupa letak dalam peti ais.
6. Siap potong (frozen)

Monday, November 14, 2016

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah


Bahan-Bahan
• 1 ekor ayam - potong sesuai selera, bersihkan dan toskan
• 1 keping asam gelugor
• 4 biji kentang - kupas dan setiap 1 belah menjadi 4 bahagian dan rendam
• 2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
• 3 batang serai - diketuk
• 2 helai daun kunyit - dimayang halus
• gula dan garam secukupnya
• air bila perlu

Bahan Kisar Halus
• 30 biji cili padi kampung
• 6 biji bawang merah kecil
• 3 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• 1 biji bawang besar
• 1 inci kunyit hidup
• segenggam ikan bilis

Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Padi Sedap
1. panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus bersama dengan serai dan bila sudah harum masukan masukan ayam dan gaul hingga rata atau hingga ayam kecut. selepas tu masukan kentang yang sudah direndam dan di toskan tadi. masak hingga kentang menjadi empuk.
2. masukan santan cair bersama dengan asam gelugor dan bila kurang kuah boleh tambah sedikit air kemudian biarkan hingga mendidih.
3. masukan santan pekat kemudian kacau rata dan persakan dengan gula dan garam secukup rasa. masukan hirisan daun kunyit kemudian kacau rata.
4. akhir sekali, biarkan mendidih di api kecil dan kacau selalu dan bila ayam sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

Note:
#asam gelugor dan kentang berguna untuk mengurangi rasa pedas dengan ini semua keluarga termasuk anak-anak kecil boleh ikut menyantapnya.
#saya tambahkan sedikit ikan bilis halus agar ayam masak lemak cili padi lebih sedap dan anda boleh mencubanya.
bagaimana mudah sahaja kan resepi ayam masak lemak cili padi yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa di resepi-resepi sedap berikutnya ya.

***cr: http://www.blogopsi.com/…/resepi-ayam-masak-lemak-cili-padi…

--------------------

AYAM ORGANIK.

Kelebihan Ayam Organik.
1. Bebas suntikan vaksin / suntikan kimia.
2. Rasa daging ayam lebih manis.
3. Tidak hanyir.
4. Ayam diberi makan dedak herba dipilih.
5. Tak mudah busuk jika terlupa letak dalam peti ais.
6. Siap potong (frozen)

Dapatkan di DeAlami Shoppe KB
Ahad-Khamis
9am-5.30pm

09-746 2526 @ 017-978 4787

Resepi Sup Ayam




Bahan-bahan:
  • 500 gm ayam di potong kecil-kecil
  • 1/2 batang lobak merah di potong 1 inc
  • 2 biji kentang di potong baji
  • 1 biji tomato belah 4
  • daun sup dan daun bawang di mayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  •  
Cara buat sup ayam:
  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
  2. Lepas tu masukkan ayam dan tunggu sekejap
  3. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
  4. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang dan masak hingga empuk
  5. Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  6. Masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang

--------------------

AYAM ORGANIK

Kelebihan Ayam Organik.

1. Bebas suntikan vaksin / suntikan kimia.
2. Rasa daging ayam lebih manis.
3. Tidak hanyir.
4. Ayam diberi makan dedak herba dipilih.
5. Tak mudah busuk jika terlupa letak dalam peti ais.
6. Siap potong (frozen)

Dapatkan di DeAlami Shoppe KB
Ahad-Khamis
9am-5.30pm
09-746 2526 @ 017-978 4787

Resepi Grilled Chicken Salad


Resepi Grilled Chicken Salad, rendah lemak, kaya dengan protein, dan baik untuk kesihatan, dan resepi yang sesuai bagi mereka yang berdiet mengurangkan berat badan.

Masa Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan
Bahan-Bahan:

·         2 ketul ayam (bahagian dada)
·         1 sudu kecil serbuk cayenne
·         1 sudu kecil serbuk paprika
·         1 ulas bawang putih
·         1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
·         2 sudu besar minyak zaitun (extra virgin)
·         sedikit garam
·         Mixed salad leaves
·         Dressing:
·         Dijon mustard
·         1/2 perahan jus lemon
·         sedikit garam, gula dan pepper
Cara Penyediaan:

1.      Bersihkan ayam dan lap sehingga kering.
2.      Potong dada ayam kepada 2 supaya menjadi nipis atau cucuk isi ayam dengan garfu supaya bahan perap mudah meresap (optional)
3.      Taburkan serbuk cayenne, paprika, parutan bawang putih, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan sedikit garam.
4.      Perap selama minimum satu jam.
5.      Dalam bekas berasinga, rendam mixed salad dalam air sejuk. Biarkan seketika.
6.      Menggunakan non stick pan, grill ayam selama lebih kurang 15-20 minit (atau sehingga keperangan dan masak. Apabila sejuk, hiris nipis.
7.      Toskan salad dan potong kasar.
8.      Campurkan ayamyg dihiris nipis, salad dan dressing. Sedia dihidang.
9.      Nota: Anda boleh menggunakan 'ready made' salad dressing yg dijual dipasaran sebagai ganti.


***cr:http://iresipi.com/

--------------------

AYAM ORGANIK.

Kelebihan Ayam Organik.

1. Bebas suntikan vaksin / suntikan kimia.
2. Rasa daging ayam lebih manis.
3. Tidak hanyir.
4. Ayam diberi makan dedak herba dipilih.
5. Tak mudah busuk jika terlupa letak dalam peti ais.
6. Siap potong (frozen)

Dapatkan di DeAlami Shoppe KB
Ahad-Khamis
9am-5.30pm
09-746 2526 @ 017-978 4787

Friday, November 4, 2016

Ayam Organik DeAlami


Dari ladang Muslim, ternakan semulajadi natural. Diberi makan campuran herba tanpa hormon dan ubat-ubatan. Diproses dengan cara bersih. Lambat busuk berbanding ayam biasa.

 Dijual secara runcit dan borong. Ayam hidup bagi bekalan ayam sufi ini adalah hasil ternakan syarikat sendiri tanpa kaedah suntikan.Ayam dibekalkan dengan makanan tambahan organik dan didengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari kecik hingga mencapai usia dewasa.



 Cara pemprosesan ayam :
 Ayam disembelih oleh penyembelih bertauliah dan dibantu beberapa orang pembantu.Tanpa kaedah rejaman air elektrik.

 Sebelum dicelur,perut ayam dikeluarkan dahulu dibersihkan darah dan najis sebersih-bersihnya sebelum dimasukkan ke dalam air panas. Kemudian ayam akan dipotong dan dibersihkan daripada darah dan lemak.

Dan terus dibekukan. Cara penggunaan Biarkan pada susu bilik Bilas dengan air bersih Terus dimasak Anda yang ingin mengelakkan kanser atau sedang menghidap kanser adalah menjadi nasihat doktor untuk makan ayam organik berbanding ayam biasa.

 Harga RM18.80
Berat : 1.3kg COD sekitar Kota Bharu & Pasir Mas.

 Pengedar & Pemborong diperlukan, Tempahan untuk katering jugaa dibuka =)

SMS/Whatsapp 017-9784787.