Madu adalah makanan yang mengandungi pelbagai
nutrien seperti karbohidrat, protein, asid amino,
vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan dan
sebatian aromatik. Madu asli mengandungi
enzim-enzim yang amat diperlukan oleh manusia
untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap
optima. Khasiat madu bukan sahaja dibuktikan oleh
kajian saintifik, malahan turut diceritakan di
dalam Al-Quran.
Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud;
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah
sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di
tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian
makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah
jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari
perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang
bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat
yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
(Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.
Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang
menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai
ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai
makanan sebelum sarapan pagi dengan
mencampurkannya dengan air. Ini terbukti oleh
pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang
sedemikian akan membantu di dalam proses
penghadaman. Madu asli juga dapat menaikkan
kekuatan fizikal dan mental seseorang.
Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia
dicadangkan mengamalkan satu sudu besar setiap
hari sebelum makan. Madu boleh membantu merawat
penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka
akibat terbakar, bisul dengan cara menyapukan madu
ke bahagian yang berkenaan.
Selain diambil terus, madu sesuai ditambah ke
dalam makanan atau minuman sebagai pengganti gula.
Beli 1 = RM23
Beli 2 = RM43
Beli 3 dapat diskaun.
Hubungi 017-9784787
No comments:
Post a Comment