Thursday, December 18, 2014

Lawatan Keusahawan ke Hatyai, Thailand

Catatan Usahawan. Hasil lawatan ke Masjid Ban Nua, Hatyai, Thailand.

+ Masjid ini mempunyai Koperasi, Sekolah.

+ Masjid dijadikan Pusat Kemajuan Komuniti. Objektif Peribadi First.

+ Tiap jumaat, ada tazkirah. Pagi untuk perempuan. Selepas Maghrib untuk lelaki.

+ Objektif kedua, Perpaduan. Dengan Solat jemaah, dapat bangunkan masyarakat.

+ Masjid buat bangunan dengan sumbangan orang kampung sebanyak 30 juta bath (bersamaan rm3 juta).

+ Cara kumpul sumbangan, setiap Jumaat, minum teh bersama orang kampung. Buat masjid, beli tanah, buat sekolah, asrama. Asrama tingkat atas untuk perempuan.

+ Ada 7 orang yang berumur 18 tahun keatas, tinggal di Masjid untuk dilatih sebagai Daie selama 1 tahun-3 tahun.

+ Masjid menekankan Pendidikan, Jemaah, Zakat.

+ Zakat digunakan untuk bantu orang kampung beli alat untuk cari makan, biasiswa untuk pelajar bermula dari Sekolah Menengah hingga Universiti. Sekarang ada 26 orang yang diberi biasiswa.

+ Koperasi dicetuskan oleh masjid kerana untuk elak orang kampung daripada riba (interest). Aliran tunai tahunan Koperasi adalah sebanyak RM3 juta.

+ Masjid ini ada klinik. Doktor akan datang 2x sebulan. Penduduk ada 1800 orang. Ada 300 buah rumah. Ada 10 orang Budha.

+ Tok Imam Masjid adalah seorang lepasan Master Degree dari UIA, Malaysia. Sudah 12 tahun bertugas. Beliau buat sekolah yang menekankan Pendidikan, Aqidah iaitu Maahad Rabbani, terletak di sebelah Masjid.

+ Antara Kursus yang ada di Maahad Rabbani Kursus Thai, Arab & English.

+ Pihak Masjid juga ada sediakan Homestay untuk pelawat yang ingin tinggal merasai kehidupan di sini. Rumah orang kampung yang berdaftar dengan masjid.

+ Antara Projek IKS yang akan digerakkan di Kelantan lepas ini adalah Ribbu, Tempurung Kelapa & Tikar Kercut.

+ Setakat ini, di Kelantan sendiri tiada lagi masjid dan komuniti yang sebegini hebat, diakui sendiri oleh Ahli Rombongan.

"Kita ingat, kita hilir dah, tapi orang lain lagi hilir", kata seorang ahli rombongan.

+ Insyaallah kita akan buat paling kurang 1 di Pulai Chondong, kata YB.

-------

Sekejap lagi akan berangkat ke Hotel. Dan 9.30 pagi esok checkout, nak dibawa gi Shopping.

* Tengok saja la nampaknya. Sobs sobs.

Sekian.

Wan Ssei.
De Alami Shoppe.
Wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan : Dewan Muda

#dealami #lawatansambilbelajar #usahawan #bisnes #kelantan #thailand #hatyai #masjid #masjidcontoh #masjidkomuniti

No comments: