Sunday, October 19, 2014

RADIX : SATU KAJIAN

 RADIX SATU KAJIAN

oleh : Tuan haji Ismail bin Hj Ahmad

Apakah Itu Radix?

Radix ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar pokok tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma longifolia radix. Radix terdiri daripada sibergi 7 herba iaitu Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja LAwang, Akar Tebu Gajah dan AKar Mengkudu Hutan. Oleh kerana hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu adalah daripada akar, maka HPA menamakan resipi ini sebagai Radix.

Kenapa memilih akar/Radix?

Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar dan boleh disinergikan dengan herba lain tanpa kesan sampingan. Bahagian akar juga berperanan menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamindab fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akanmengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada empat unsur iaitu unsur Tanah, Air, Api dan Angin. Bahagian yang terbaik diambil adalah dari akar (radix) ssesuatu tumbuhan.

 

Mekanisme tindakan Radix dalam tubuh

Di sini saya merujuk kepada buku "Al-Qanun Fi al-Tibb" bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh badan kita terdapat 3 organ utama yang menjana tenaga untuk semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah jantung, otak dan organ reproduksi(pembiakan).Jantung merupakan organ terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir lancar ke seluruh badan. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut lemah dan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.

Jantung perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan tugas penting ini melalui pegambilan herba-herba aromatik seperti akar teja yang disenergikan dalam resepi radix. Kesannya, peredaran darah menjadi normal dan tubuh kembali sihat. InsyaAllah.

Bersambung.....

No comments: