Tuesday, December 23, 2014

Madu 2 Beradik

Tahniah kepada Puan Noriyah Mat yang layak mengisi kupon Cabutan Bertuah setelah membuat pembelian Madu AlShifa dua beradik... Hehe. <3

Dari kiri, Puan Noriyah Mat & Puan Rosnani Mat, Perawat De Alami Shoppe. Juga adik beradik :-)

==============

Mahu menang Cabutan Bertuah? Hanya buat belian minima rm35.00 bagi mana-mana Produk Muslim. PosLaju & Penghantaran disediakan.

Hubungi kami 017-9784787.

Like us on FB : www.facebook.com/DeAlamiShoppe

#dealami #cabutanbertuah #hadiah #madu #usahawan #sayajual

Monday, December 22, 2014

Bantuan Banjir

Bismillahirrahmanirrahim......

SKUAD PRIHATIN Persatuan Usahawan Serambi Mekah (USME) & Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan (DPMMNK) bersama Bomba Kota Bharu melancarkan Misi Kemanusiaan bagi membantu mangsa- mangsa banjir di Kelantan.

Sumbangan adalah dialu- alukan daripada orang perseorangan, syarikat serta korporat.

Sumbangan yang diperlukan berupa barangan keperluan asas,  makanan serta sumbangan kewangan.

Kami membuka Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir 24 JAM bertempat di Balai Bomba Kota Bharu.

Sila hubungi Cik Shafa di : 012- 962 1022 untuk urusan penyerahan bantuan berupa barangan dan makanan.

Sumbangan wang boleh dibuat terus ke Akaun Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan.
[ Bank Islam Malaysia Bhd : BIMB : 03018010051345 ].

Sila hubungi Bendahari Skuad, Puan Nor Ariati di 013- 992 2599 untuk sebarang transaksi kewangan.

**** Sumbangan anda sangat besar ertinya bagi mereka yang memerlukan. Dingin dan sejuk itu tidak sama...alangkah murni andai dapat kita sama- sama menghulurkan bantuan seikhlas mungkin. Sehangat kasih sayang sesama saudara, in shaa Allah...moga manfaatnya dapat diraih bersama.

Salam Sayang demi sebuah Misi Kemanusiaan.

Coaching Bisnes Online

Sekarang.... Sesi coaching untuk berbisnes Online di Group Whatsapp Agen De Alami Shoppe.

Berminat sertai dorang? Hubungi kami di 017-9784787 (sms/whatsapp)

#dealami #dropship #usahawan

Thursday, December 18, 2014

Lawatan Keusahawan ke Hatyai, Thailand

Catatan Usahawan. Hasil lawatan ke Masjid Ban Nua, Hatyai, Thailand.

+ Masjid ini mempunyai Koperasi, Sekolah.

+ Masjid dijadikan Pusat Kemajuan Komuniti. Objektif Peribadi First.

+ Tiap jumaat, ada tazkirah. Pagi untuk perempuan. Selepas Maghrib untuk lelaki.

+ Objektif kedua, Perpaduan. Dengan Solat jemaah, dapat bangunkan masyarakat.

+ Masjid buat bangunan dengan sumbangan orang kampung sebanyak 30 juta bath (bersamaan rm3 juta).

+ Cara kumpul sumbangan, setiap Jumaat, minum teh bersama orang kampung. Buat masjid, beli tanah, buat sekolah, asrama. Asrama tingkat atas untuk perempuan.

+ Ada 7 orang yang berumur 18 tahun keatas, tinggal di Masjid untuk dilatih sebagai Daie selama 1 tahun-3 tahun.

+ Masjid menekankan Pendidikan, Jemaah, Zakat.

+ Zakat digunakan untuk bantu orang kampung beli alat untuk cari makan, biasiswa untuk pelajar bermula dari Sekolah Menengah hingga Universiti. Sekarang ada 26 orang yang diberi biasiswa.

+ Koperasi dicetuskan oleh masjid kerana untuk elak orang kampung daripada riba (interest). Aliran tunai tahunan Koperasi adalah sebanyak RM3 juta.

+ Masjid ini ada klinik. Doktor akan datang 2x sebulan. Penduduk ada 1800 orang. Ada 300 buah rumah. Ada 10 orang Budha.

+ Tok Imam Masjid adalah seorang lepasan Master Degree dari UIA, Malaysia. Sudah 12 tahun bertugas. Beliau buat sekolah yang menekankan Pendidikan, Aqidah iaitu Maahad Rabbani, terletak di sebelah Masjid.

+ Antara Kursus yang ada di Maahad Rabbani Kursus Thai, Arab & English.

+ Pihak Masjid juga ada sediakan Homestay untuk pelawat yang ingin tinggal merasai kehidupan di sini. Rumah orang kampung yang berdaftar dengan masjid.

+ Antara Projek IKS yang akan digerakkan di Kelantan lepas ini adalah Ribbu, Tempurung Kelapa & Tikar Kercut.

+ Setakat ini, di Kelantan sendiri tiada lagi masjid dan komuniti yang sebegini hebat, diakui sendiri oleh Ahli Rombongan.

"Kita ingat, kita hilir dah, tapi orang lain lagi hilir", kata seorang ahli rombongan.

+ Insyaallah kita akan buat paling kurang 1 di Pulai Chondong, kata YB.

-------

Sekejap lagi akan berangkat ke Hotel. Dan 9.30 pagi esok checkout, nak dibawa gi Shopping.

* Tengok saja la nampaknya. Sobs sobs.

Sekian.

Wan Ssei.
De Alami Shoppe.
Wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan : Dewan Muda

#dealami #lawatansambilbelajar #usahawan #bisnes #kelantan #thailand #hatyai #masjid #masjidcontoh #masjidkomuniti

Sunday, December 14, 2014

Agen Dropship & Stokis Diperlukan

Salam Usahawan...

Ramai orang yang baru nak mula bisnes online terperangkap dengan satu mitos.

"Kalau nak berniaga online, kena ada website!"

Apa yang akhirnya berlaku adalah....
... mereka banyak bazirkan masa utk bina website mereka.

(malah, website mereka tak siap-siap pun sampai ke sudah)

Mereka sepatutnya buat satu perkara yang jauh lebih penting... iaitu....

...MENCARI PELANGGAN!

Sebenarnya, website tak perlu sebagai permulaan.

Mulakan dengan apa yang anda ada.

+ Facebook
+ WhatsApp
+ WeChat
+ Instagram

Seorang agen dropship, berjaya membuat jualan RM100 sehari hanya dengan membuat promosi melalui medium di atas. Beliau menjual Produk Muslim & Makanan Sunnah.

Paling menarik, beliau tidak menggunakan modal pun. Hanya ambil tempahan dari Pelanggan, dan buat tempahan dari Outlet De Alami Shoppe, Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan.

Sangat mudah. Goyang kaki sambil tekan kekunci Smartphone je.

Anda berminat untuk berbisnes seperti beliau?

Hubungi Pengurus Pemasaran kami,
De Alami Shoppe, Kota Bharu.
017-9784787.

TERHAD 15 ORANG SAHAJA!

PRODUK HALAL MUSLIM, TANGGUNGJAWAB BERSAMA. ��

Saturday, December 13, 2014

SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.

Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
– Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
– 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
– Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
– Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
– Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
– Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Untuk tempahan, hubungi 017-9784787 (sms/whatsapp)

Friday, December 12, 2014

HB Herba Darah Rendah

H.B (Herba Tekanan Darah Rendah)

H.B (dulu dikenali sebagai Health B) menggunakan bahan utama Hydrocotyle Asiatica (pegaga) dan Amaranthus Spinosus (bayam duri) yang amat baik untuk meningkatkan daya imunisasi dan tenaga khususnya kepada mereka yang mengalami kekurangan kadar darah merah dan mengatasi kelesuan tubuh badan. Selain dari itu, H.B juga dapat mengubati permasalahan berikut:-

1. Menghancurkan batu karang.

2. Buasir.

3. Penyakit keputihan.

4. Penyakit kuning atau jaundis.

5. Penyakit kulit.

7. Masalah sembelit, perut kembung dan peptic ulser.

8. Demam panas.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Hydrocotyle Asiatica 2.Amaranthus Spinosus

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Tempahan : hubungi 017-9784787

Tuesday, December 9, 2014

27 Kebaikan Bekam

27 KEBAIKAN BERBEKAM UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANDA LELAKI DAN WANITA MUSLIM. DIGALAKKAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI.

Hadith-Hadith Berkaitan Bekam (Hijamah) :
-Dari Ibnu ‘Abbas r.a, dari Nabi s.a.w: “Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan 3 hal; Berbekam, minum madu, dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas (kay) itu.” (Shahih Bukhari)

Antara 27 kebaikan berbekam :

1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14. Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
25. Hilangkan stress dan tekanan
26. Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi   SAW
27. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil

Appointment dan tempahan bekam boleh SMS@WhatsApp Nama ke 017-9784787.

Khamis 11 Disember, masih ada 4 kekosongan.

#dealami #bekam #bekamsunnah

Monday, December 8, 2014

Paramaria Plus - Herba Terbaik untuk Wanita

Paramaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini sesuai untuk wanita sahaja yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Sinergi terbaik :
1. Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + H.B
2. Bersalin: Paramaria Plus + Herba Tuju Angin
4. Senggugut: Paramaria Plus + Senggugut

Khasiat Paramaria Plus :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Paramaria Legivata
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners

Dos :

Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh. Wanita Menopouse (putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Produk Paramaria Plus Tulisan Tuan Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Sakit ketika kedatangan haid boleh disembuhkan dengan mengambil sinergi seperti dibawah:

1. Paramaria – 2 X 3
2. Tuju angin – 2X 3
3. Senggugut – 2 x 3

InsyaAllah senggugut tidak akan berulang dan banyak testimoni yang diberikan oleh pengguna sehinggakan kita boleh katogorikan sinergi ini sebagai sinergi yang mempunyai keberkesanan melebihi 90%. Disamping itu juga terdapat kes seperti fibriod yang menjadi semakin kecil. Biiznillah

Info lanjut, hubungi 017-9784787

Atau

Lawati : www.de-alami.blogspot.com

#dealami #ubatwanita #ubatherba #paramaria #haid #menopous #senggugut

Sunday, December 7, 2014

Khidmat Hantaran Perkahwinan : Produk Muslim


Hantaran merupakan elemen yang penting dalam majlis persandingan dan lazimnya menjadi pertukaran antara keduadua belah pihak antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Hantaran perkahwinan bukanlah satu kewajipan, tetapi ia sudah menjadi adat dalam perkahwinan Melayu.



Bagi menambahkan seri, barangan hantaran akan disusun atur dan digubah pula dengan hiasan dan seni gubahan yang cantik dan sesuai dengan tema perkahwinan masing-masing.

Berikut, disenaraikan beberapa contoh barangan yang biasanya dijadikan hantaran:
1. Cincin
2. Tepak sirih
3. Mas Kahwin @ Wang Hantaran
4. Sirih Junjung
5. Barangan kemas seperti gelang, rantai dsb.nya
6. AlQuran atau Tafsir alQuran
7. Pakaian lelaki i.e. baju kemeja, seluar dsb.nya
8. Kasut
9. Jam Tangan
10. Dompet
11. Tali pinggang (lelaki)
12. Beg Tangan
13. Kain/Tikar Sejadah
14. Kain Telekung
15. Kain Ela
16. Baju Kurung
17. Potpouri/Bunga Rampai
18. Kain Pelikat (Sarong)
19. Tuala
20. Set Peralatan Solek
21. Set Wangian
22. Set Penjagaan Badan
23. Buahbuahan
24. Coklat/Manisan
25. Kek atau Cupcake
26. Muffin atau biskut

Ini adalah senarai barangan hantaran secara umum. Boleh juga dibuat kelainan. Kalau bakal suami terlampau minat bersukan, anda juga boleh membelikan barangan sukan dan sebagainya sebagai hantaran.

Pssstt.....Inginkan Hantaran Kahwin yang mengandungi Produk buatan Muslim seperti Set Peralatan Solek, Set Penjagaan Diri, Kosmetik dan lain-lain?

Hubungi kami De Alami Shoppe untuk tempahan.
017-9784787.

Saturday, December 6, 2014

Kopi Radix Papan Original Harga Promosi

Kopi Radix Papan Original. Elakkan yang tiruan. Ada 20 sachet.

Harga asal rm20.00
Harga promosi rm18.00.

Menangi Smartphone Lenovo dengan belian minima rm35.00 & ke atas. Maklumat lanjut, hubungi 017-9784787.

Agen Dropship & Stokis diperlukan.